Want your
own Fotopage?






 
Intan's FotoPage

By: Intan Lalat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya ke Genting Highlands!

Tunggu gondola lalu
Mana gondola ni? Tak jadi naik lah
Abah kata jom kita pegi outdoor park lah
Singgah bergambar dengan encik geno dulu
kita naik kereta antik dulu
main air terjun pulak
dah habis main kereta antik, amik gamba dgn allie gemuk
jakun pulak naik ketapi
ternampak first world hotel
View all 37 photos...
Hari ni mama saya tu excited bangun awal2 dan mandikan saya pagi2 sebab dia cakap kita orang nak pegi Genting Highlands. Sukanya hati saya sebab saya tak pernah pegi pun Genting tu. Sebelum abah bangun mama dah siap2 kan semua barang2 saya seperti baju extra dan seluar extra in case saya termuntah dalam kereta. Mama saya pon bawak baju dan tudung extra sebab dia takut saya muntah lagi atas dia macam hari tu. Hihi. Lepas tu bawak bekal biskut tiger dan honey star dan of course diapers saya. Hihi.

Kita orang bertolak pukul 10 pagi. Kononnya nak bertolak lagi awal tapi biasala abah saya tu susah nak bangun. Ni gambar saya dalam kereta tengah menyepahkan kereta abah dgn kereta mainan saya.


Mama saya sibuk nak ambik gambar masa abah saya tgh berenti isi minyak


Baru sampai genting jadi abah pun sibuk nak tengok peta


Best sangat main gelongsor ni sampai bila mama saya dukung saya menangis sebab nak main lagi. tak pernah main gelongsor la katakan.


Kat genting mcm mendung sikit jadi cuaca pun sejuk. Jadi mama saya pakaikan sweater.


Naik dumbo dengan abah


Hampir di makan dinosaur bersama mama


Muka excited masa tunggu keretapi datang

Care to comment?


Friday, 11-Apr-2008 12:50 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Jadi Untuk diri sendiri!

Aksi
bermain
di atas katil
Hai kawan-kawan!

Hari ni adalah birthday saya. Tapi saya sekarang ni masih demam lagi. Biasalah..setiap kali nak bertambah bulan ni saya mesti demam. Saya masih belom pandai jalan lagi, tapi akhirnya saya sudah merangkak. Kehkeh. Atuk saya ketawakan saya sebab saya dah setahun baru nak merangkak. Orang lain dah berlari dah. Tapi takpela mama saya cakap. Sebab saya merangkak pun dia tak larat nak kejar. Gigi saya baru ada 2 batang tapi suka gigit orang. Hari tu saya gigit abang uzair kat tempat mak saim sampai lebam pipi dia. Kesian betul.

Saya juga nak ucapkan terima kasih pada semua yang wish saya happy birthday. Juga happy birthday utk Auntie Jihan yang birthdaynya sama hari dengan saya!

Sempena birthday saya, mama saya buat cupcakes dan kasi pada kawan2 lain di rumah mak saim. Saya pun dapat makan jugak. Hihi. Saya terdengar abah saya cakap minggu depan nak bawak kita orang pegi genting pulak. Bestnya!

Hurey dah setahun!

Inilah gambar terbaru saya dibuli mama saya kena pakaikan scrunchy


Bersama sarung kamera mama saya. Hihi.

Care to comment?


Saturday, 22-Mar-2008 12:54 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Atuk dan Nenek Bucuk!

nenek bucuk dan nenek mummy
semua nyanyi hepi besdeyy
atuk memotong kek
Hari ni belum lagi birthday atuk dan nenek bucuk. tapi nenek2 dan atuk saya sekalian nak dtg ke rumah kami sebab nak selebrate birthday atuk pompuan dan nenek bucuk yg patutnya pada 25 & 26hb mac. lagipon hari isnin (24/3) atuk pompuan saya last day kat sekolah sebab dia nak bersara dah. hehe.

nenek ucuk & family pon dtg jugak tapi masa dia orang dtg tu saya dah tetido pulak sebab lama sgt tunggu. hehe.ni la abah saya tgh tidokan saya..


Besdey kek utk nenek bucuk dan atuk. Sedap kek ni! saya pon tumpang makan sekali dan habiskan satu slice. hehe


Baca doa sebelum makan.


Rupa-rupanya mama saya baru sedar yang saya ni kalau dgn org yg saya familiar saya akan cakap byk dan buat mcm2 aksi, tapi bila saudara mara saya dtg saya hidup dalam ketakutan dan senyap je. Tapi lama-lama baru ok. Mama saya cakap saya ni kena warming up dulu. hehe.

Ni pulak gamba keesokan harinya. Org lain semua bising2 tapi saya baca buku je.


Gamba dengan uncle adik dan uncle nabil..



Care to comment?


Sunday, 9-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
My very first beach experience!

teluk cempedak
jalan jalan dengan abah
lompat lompat atas batu
Semalam dah pegi Teluk Cempedak malam2 kan..hari ni abah bawak pegi Teluk Cempedak waktu siang pulak. Mula2 tu saya macam takut..tak penah jumpa laut la katakan. selalu mandi dalam bath tub kenit je. Tapi bila dah main air lama2 macam best pulak. Angin kat situ amatla kuat, sampai terpeleot2 tudung mama saya tu. hihih.

Kita orang pegi Teluk Cempedak tu lepas check out dari vistana. Kononnya mama saya tu nak cepat sebab esok dia nak pegi kursus induksi dkt bukit tinggi. Sedihnya saya nak kena tinggal ngan mama 4 hari.

Ni gambar tolong mama mengemas barang sebelum checkout.


Lihatlah betapa terpeleotnya tudung mama saya akibat angin kuat


First time memijak pasir di tepi pantai


Main air pulak


Dengan abah dan mama


Bestnya main air lagi!


Dengan mama di atas jambatan yang telah menggayatkan mama


Mama kata dia dah gayat. Jadi terpaksala kita orang balik. Hehe. apala mama ni

Care to comment?


Saturday, 8-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Marilah kita ke Kuantan!

gostan gostan
aksi di tepi pantai
Selamat Mengundi semua! Hari ni adalah hari mengundi tapi mama saya dengan abah saya tu rupa-rupanya belom lagi mendaftar jadi pengundi. Ooops!
Oklah takpe sebab hari ni kita orang nak pegi Kuantan pun, sebab nak pegi wedding auntie jamie. Kita orang bertolak dalam pukul 1 lebih macam tu.

Ha inilah gaya saya setiap kali abah saya tu turun kereta. Sekarang saya dah pandai pegang stering dah tekan hon dengan menggunakan lutut saya. Hebatkan?


Aksi mama saya sebelum di muntahkan oleh saya. Oleh kerana saya ni terlalu aktif dan tangan suka nak main gear dan radio, takpon menangis nak main stering, abah saya suruh saya dan mama duduk kat belakang. Tapi kat belakang pon saya menangis jugak.


Ha..lihatlah kaler tudung mama saya..saya punya kerjalah tu sebab saya yang muntahkan. Kehkeh.


Sampai je kat Vistana Kuantan, mama terus mandikan saya dalam bath tub. Jakunlah sikit saya ni sebab selalu mandi dalam besen je. Kehkeh. Sorry ya ada aksi bogel sikit. Kihkih.


Mengambil gambar bersama uncle2 sekalian di rumah auntie jamie. mcm biasa time makan abah saya la makan dulu tapi mama saya dah warning awal2 makan cepat sikit sebab dia pun lapar. Haha.



yg part berdiri kat strering kereta tu sebijik mcm anak aku, pantang aku turun kejap.. terus melompat, mcm penting je kena berdiri kat stering tu kalau takde orang kat seat tu... Tue 25-Mar-2008 08:11
Posted by:pizli
Add comment


Friday, 7-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kahwin Abang kpd Auntie Ajeling

saya dan mama
gambar dari jauh pelamin
kejap nangis, kejap tersengih
Halu kawan-kawan! Pada 7hb mac, saya dan mama serta abah saya telah menghadiri majlis perkahwinan abang kepada auntie ajeling di dewan perdana felda. Mama saya cakap dia dah lama tak jumpa auntie ajeling jadi dia excited nak pegi wedding ni semata2 nak jumpa auntie ajeling. auntie ajeling ni room mate mama saya masa di mmu. orangnya manis, bakal menjadi ahli politik di pontian johor. heheh.

Inilah dia auntie ajeling bersama auntie ropol bermanja-manja di dalam dewan.


Gambar abah saya dgn uncle joe. abah saya ni khusyuk sgt borak dgn uncle joe sampai tak mau jaga saya pulak. kesian mama saya tu dapat makan sikit je. kihkih


Inilah saya! mama saya sangat geram dengan saya masa ni sebab saya asyik merengek. walaupun mama saya bawak bekalan biskut tiger tapi saya merengek jugak. hehehe.


Gambar bersama aunties dan uncle sekalian

Care to comment?


Saturday, 23-Feb-2008 04:02 Email | Share | | Bookmark
Tutorial makan biskut untuk bayi

Saya ni memang suka makan..semua jenis makanan saya suka..kadang2 bila atuk saya minum teh cina pon saya tumpang sekaki. Mama saya cakap saya ni tukang bersih rumah sebab semua benda kat lantai saya kutip pastu saya makan. Kalau weekend mama saya selalu masakkan bubur untuk saya dan memang selalu saya akan habiskan. Kalau time jalan2 pulak mama selalu belikan KFC punya whipped potato atau bubur ayam McD. Nyam nyam nyam

Hehe..Hari ni ada aksi makan biskut.

Untuk semua bayi yang takde gigi macam saya ni, bolehla rujuk tutorial saya ni ya untuk cara memakan biskut marie yang sesuai..

Mula-mula duduk bersila macam ni ha..Biskut marie mestilah sudah ada di tangan..


Lepas tu try gigit sikit dulu..


Eh kenapa ya susah sangat nak gigit ni? Oooo...saya terlupa yang saya ni kan takde gigi lagi...isk macam mana ya..


Apa susah sangat..patahkan je la...


BIla dah patahkan bolela masukkan mulut terus!


Tengoklah..biskut saya dah tinggal ni je ha! Hihihihi

ahaha..comel n dah besar anak kau...
takde gigi kee?? anak aku plak terover plak banyak gigi...dah nak masok 8!!!!...
skang dah nak start panjat..tak larattsssss.....
anak kau pun cepat sangat membesar sebagai Johan...comel nyonggott duuhhhh
Sat 23-Feb-2008 19:15
Posted by:Dayang  - [Link]
ini ler tutorial paling lawak aku penah jumpe! ahhahaha..

Wed 12-Mar-2008 08:14
Posted by::: Linda ::  - [Link]
Assalamualaikum Intan, alahai tomeinya husayn, bulat sungguh 2 biji matanya Wed 19-Mar-2008 02:31
Posted by:yati  - [Link]
Add comment


Saturday, 23-Feb-2008 03:39 Email | Share | | Bookmark
Melawat ke Zoo Taiping

Best betul hari ni sebab abah tu nak bawak kita orang pegi Zoo taiping. Pukul 4 lebih petang tu mama ngan saya pon siap2 la..semangat je kita orang nak pegi Zoo taiping. Sekali sampai area Tasik tu mak aii..banyaknya kereta sampai jam teruk pulak kat situ. Mula2 saya excited la tgk kereta semua tapi lama2 boring pulak. Abah cakap nanti2 la pegi sbb ramai orang tapi mama saya kata dia nak pegi jugak sebab esok pagi2 ni dah nak balik KL. Hihi....

Ni gambar jam di tasik


Baru nak masuk dalam Zoo dengan abah


Ambik gamba dengan monnyet bontot merah


Kenapala abah saya ni tak nak bawak saya naik train ye?


Macam ni lah reaksi muka saya sepanjang di Zoo taiping. Mcm jakun pulak sebab baru nampak banyak2 binatang ni first time. Selama ni nampak anjing dgn kucing je. Kehkeh


Bila dah letih duduk sambil makan biskut pulak



Hai little H!!! maner bontot merah kera tu...auntie su tak nampak pun Thu 17-Apr-2008 08:33
Posted by:layarputih suhaila@saatchi.com.my  - [Link]
Add comment


Sunday, 20-Jan-2008 07:27 Email | Share | | Bookmark
Makan kek di secret recipe

Hari ni makan kek kat secret recipe. Sungguh sedap sekali sebab abah yang belanja. Hihihi. Sebenarnye ikut mama ngan abah pegi kompleks pkns sebab mama tu nak beli baju batik. Yela mama saya sekarang dah keje gomen terpaksala dia pakai baju batik setiap khamis. Kehkeh. Tapi saya dengar mama cakap kat makcik kedai tu ada tak batik yg macam batik tapi bukan batik dan harga lagi murah dari batik. Haha. Kedokut tak mama saya. sebab mama kata membazir je duit beli batik banyak-banyak sebab duit dia tak banyak pun.

Lepas dapat baju yang macam batik, kita orang pergi SACC pulak yg sebelah pkns tu. Mama kata dia nak cari kasut pulak. maklumla dulu kat opis lama dia takyah pakai kasut dalam ofis. Sekarang ni dia kenala pakai kasut je. Heheh. Setelah pergi bermacam-macam kedai akhirnya mama dapat jugak kasut yg dia nak sangat. Lega hati saya sebab saya dah la ngantuk pastu abah saya pun mcm dah letih. tapi yg bestnya lepas habis shopping pegi makan kek dekat secret recipe. Best je duduk dekat situ sebab ada ramai orang dan dapat makan kek pulak.


bape dh umur husayn skang ni? dh bole jln ke? nnt suruh mama upload byk2 skit gambo husayn kt sini tau. Sat 2-Feb-2008 05:23
Posted by:aunt_deena  - [Link]
uit.. intan! ko keje mana skang? gomen?? bior btul... ekkekek Wed 13-Feb-2008 09:03
Posted by::. Lindaz .:  - [Link]
aunty deena..husayn dah 10 bulan lebih..tapi gigi takde lagi..jalan tu takla..tapi dah pandai berdiri dan panjat2..heheh

linda..aku bekerja di agensi kerajaan la sekarang.hahah
Sat 23-Feb-2008 03:59
Posted by:intan lalat
Add comment


Friday, 21-Dec-2007 05:16 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya Kedua

 
 
Hari kedua raya haji duduk kat rumah je. Eh tapi petang2 tu ada jugak jalan pegi ke air hitam sbb atuk saya nak beli pinggan mangkuk. mama pulak nak shopping baju kurung. Walaupon mengantuk saya pegi jugak..Ni gamba masa tengah makan mangga kat rumah buyut.


Bersama Nenek Bucuk yang bercuti di Malaysia


Lihatlah muka saya yg bengkak bengkil kerana digigit nyamuk.

ala, ciannye bucuk tu bengkak2 nyamuk gigit ni. dtg la england, xde nyamuk. sejuk pon sejuk . Tue 1-Jan-2008 21:07
Posted by:aunt_deena  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.