|
|
| Saturday, 4-Aug-2007 00:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Warehouse sale dan makan-makan
|
|
 |
|
Eleh abah saya tu gelak lebih-lebih pulak
|
|
|
Hari ni hari Sabtu. Pagi-pagi lagi mama dah mandikan saya. Lepas minum susu saya pun tidurla. Sedar-sedar je saya dah kat dalam bakul saya duduk dalam kereta. Rupa2nya nak pegi Jalan Tunku Abdul Rahman sebab nenek saya tu nak beli kain untuk baju raya pulak untuk makcik-makcik saya. Abah saya yang kena hantarkan sebab atuk saya tu malas nak hantar. Hehe..Kita orang pegi kat kedai kain Jakel kat Jalan TAR tu. Tu la first time saya pegi kawasan tu. Saya dan mama dan nenek saya masukla dalam Jakel tu. Mak aii..ramainya manusia. Nak jalan pun susah. Tapi ramai pekerja kat Jakel tu asyik cubit-cubit pipi saya cakap saya ni comel.Haha. Agaknya dia orang nak bodek2 mama saya supaya beli kain jugak kot. Tapi nenek saya je yang beli.
Lepas pegi Jakel tu terus balik rumah. Pukul 4 macam tu saya ikut abah dengan mama pegi warehouse sale Bata kat Klang pulak. Lama betul mama saya tu pilih kasut sampai saya dan abah dah naik bosan dah. Dahla panas, lepas tu macam ada kawasan pembinaan pulak. Pening kepala saya. Tapi lepas tu bila masuk kereta je saya terus dapat susu dan tidur je la. Tu yang best tu. Hehe.
Balik dari warehouse sale je saya terus mandi. Petang tu dapat call dari Nenek Mummy suruh pegi rumah dia ada buat makan-makan sebab dia baru keluar hospital. Jadinya lepas Maghrib tu saya, Nenek, abah dan mama pun pegila rumah Nenek Mummy.
Ini lah gamba saya dengan Tok Yah. Tok Yah saya ni laser orangnya tapi hati dia baik. Kehkeh. Dia suka sangat dukung saya sampai orang lain takde peluang nak dukung saya pun.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Jul-2007 06:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lawatan Ke Damansara Specialist Part 2
|
|
Hari ni pegi Damansara Specialist lagi melawat Nenek Mummy. Kali ni masa nak pegi saya tido. Sedar2 je dah dalam kereta. Nenek pun pergi sekali naik kereta abah sebab atuk pegi hantar pakcik dan makcik saya balik ke asrama. Pakcik saya pegi gantung burung kasawari yang Uncle Abang kasi kat pemegang carrier ni. Tiba2 je saya bangun tido ada burung kat kepala.
Masa naik kereta saya kena duduk kat belakang dengan mama.
Sampai-sampai hospital je bukan terus pegi melawat Nenek Mummy, tapi terus pegi playroom. Playroom ni depan bilik nenek mummy je jadinya si uncle abang ni dapatla main puas-puas. Ni gamba uncle abang dengan uncle akeem. Tengoklah betapa naughtynya uncle abang tu. Bumbung rumah kecik kat playroom tu pon dia panjat. Saya tengok je masa uncle abang main. Masa uncle abang nangis mengamuk2 nak toys pun saya tengok je. Mama saya kata agaknya saya tengah belajar la tu tengok uncle abang je. Tapi abah saya kata kalau saya buat perangai bila dah besar nanti dia nak cubit saya. Hari tu saya nangis dalam kereta pun dia kata nak cubit saya jugak. Garang kan abah saya ni?
Ni pulak saya dengan Atuk Karim kat playroom. Atuk Karim ni abah pada uncle akeem dan juga abang pada Nenek Mummy. Dulu masa mama saya sekolah rendah, Atuk Karim ni la yang selalu ambik dan hantar mama saya kat sekolah naik motor. Mama saya selalu nangis bila Atuk Karim ni lambat ambik. Gembengkan mama saya tu?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Jul-2007 05:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lawatan ke Damansara Specialist Part 1
|
|
Mama cakap hari ni nak pegi Damansara Specialist Hospital sebab Nenek Mummy masuk hospital. Nenek Mummy kena operate kat leher sebab dia ada thyroid. Tapi disebabkan hari ni hari Sabtu, saya, abah & mama bangun lambat jugak. Pukul 10 baru kita orang bangun. Tak lama lepas tu mama pun mandikan saya. Hari ni pakai baju baru, beli guna voucher Auntie Intot kasi. Kehkeh. Terima kasih ya Auntie Intot!
Mama pakaikan saya kasut ada kepala lion. Sebabnya bila saya nangis mama kata saya ni garang macam lion. Hihihi.
Lepas tu bila saya dah siap, abah saya rupa-rupanya tak bangun lagi. Geramnya saya sebab saya dah tak sabar nak jalan-jalan pegi hospital. Jadinya saya pun menangis la sebab nak tunjuk perasaan jugak di samping mana tau boleh dapat susu lagi. Kalau nak tengok saya menangis klik je la gamba kat bawah ni.
Photo Sharing - Upload Video - Video Sharing
Sampai kat hospital terjumpa pulak uncle abang iaitu anak Nenek Mummy. Uncle abang ni umurnya 4 tahun tapi dia cakap banyak sangat. Nek mak jaga uncle abang jugak jadi bila saya ada kat rumah Nek Mak, uncle abang lah yang tolong ambikkan susu saya ke, takpun lotion. Ha, ari tu uncle abang ni pegi tumpahkan susu saya yang penuh dalam botol susu kecik tu. Nasib baik tak lama lepas tu mama saya sampai kalau tak kelaparan la saya.
Ni pulak gamba dengan Nenek Mummy. Kesian Nenek Mummy mcm kena sembelih pulak lehernya. Buyut sayalah yang jaga Nenek Mummy kat hospital. Masa kat hospital ni, tiga kali rasanya saya tetido dan byk kali jugak poo poo. Agaknya sebab mama saya tu makan nasi goreng kampung. Tapi best tido kat sini sebab sejuk je. Lagipon mama dah siap siap bawakkan selimut.
Pukul 11 malam baru saya balik dari hospital ni ke rumah. Lamakan? Mama saya tu la borak banyak2 bila dah jumpa sedara mara.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 26-Jul-2007 03:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berguling-guling dan meniarap
|
|
Setiap hari saya balik pukul 9.30mlm dari rumah nenek sedara saya yg menjaga saya. Sampai nenek saya kat rumah tu selalu perli2 cakap kat mama saya " baby baru balik dari tuisyen ke?" Kehkeh. Agaknya nenek saya tu rindukan saya dan dah boring sebab pakcik dgn makcik saya semua takde kat rumah. Atuk saya adala tapi atuk saya tu selalu buat tak layan je nenek saya bila nenek saya cakap dengan dia. Tapi hasil "tuisyen" tu la saya dah berjaya meniarap sekarang ni. Nek Mak (nenek sedara yang jaga saya) selalu suruh saya prektis.
Saya selalu merengek sikit bila nak pusing untuk meniarap ni. Kadang-kadang ada jugak tertumbuk muka sendiri. Takpun bila tak berjaya saya hisap je tangan saya ni. Kalau saya dah macam malas-malas sikit mama saya selalu nyanyikan lagu labah-labah. Lagu dia lebih kurang camnila..
Satu labah-labah suka panjat perigi
Bila hujan turun
Labah pun lari
Tapi labau-labah tidak putus asa
Terbit matahari labah pun cuba lagi
Cuba cuba akhirnya berjaya..
Patutnya ada lagi sambungannya tu tapi mama saya kata dia lupa.
Lepas tu bila dah berjaya meniarap mula-mula saya gembirala. Lama-lama saya nangis sebab letih.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Jul-2007 08:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perasan tak kulit saya dah makin cerah la!
|
|
Hari tu kan saya sedih ada sedara saya kata saya ni gelap kan, tapi lihatlah, saya sudah makin cerah nampaknya! Tapi walaupun semakin cerah, pak ngah saya suka panggil saya budak botak. Yelah ari tu masa dalam pantang mama saya cukur rambut saya. Tapi sampai sekarang rambut tumbuh sikit sikit je. Hari tu sebelum mama saya cukur sebenarnye byk jugak rambut saya. Tapi dah kena cukur jambul hari tu jadi saya ni botak tengah pulak. Masa tu makcik saya panggil saya Zidane. Mungkin agaknya mama saya tertekan jadi dia botakkan la terus rambut saya.
Sekarang saya makin menggumuk. Tengoklah duduk dalam carrier ni pun mcm dah tak muat. Hari tu masa pegi injection, berat saya dah 6.25kg. Bila kat rumah babysitter saya baik je, tidur pun dalam buai, hisap puting lagi. tapi bila balik rumah, terpaksala abah dengan mama saya dodoikan saya sambil saya nangis dan jerit kuat kuat.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Jun-2007 08:24 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2 bulan kena inject
|
|
Nampak tak peha montok ni? Ha peha montok ni peha sayalah. Mama ngan abah bawak saya pegi KJMC jumpa paed saya, Dr Syed. Mahal sikit sebenarnye jumpa Dr Syed ni sebab dia memang dr kanak-kanak tapi dr ni asyik panggil abah saya hensemm tu pasal agaknya abah saya ni suka sgt pegi situ. Sebenarnye mula2 kita orang dah pegi poliklinik kesihatan kat kelana jaya tu. Tapi ramai yg teramat orangnya. Mana tak nya pegi pukul 11.30. Dahla tu, nurse tu suruh dtg balik pkl 2. Abah saya pulak nak cepat2, tu yg last2 pegi KJMC jugak. Bilik Dr Syed tu best sbb byk toys gantung2. Kat dia punya stetoskop pon ada soft toys ular belit2.
Masa Dr Syed inject saya, saya tak nangis langsung. Dr pun puji konon saya ni hebat la. Abah dgn mama pun puji. Banggala saya masa tu.
Ni saya dengan makcik saya pulak. Time ni saya tgh happyla baru balik dari injection. Ingatkan dah ok, rupa-rupanya petang tu sakit pulak saya pun menangis la dengan hebat sampai mama saya terpaksa pujuk. Nenek saya suruh kasi ubat demam. Last2 nenek saya letak saya depan tv dan tgk katun barulah saya ok.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Jun-2007 08:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kat Taiping
|
|
Pertama kali saya balik Taiping. Masa gambar ni diambik, abah saya tengah isi minyak dan mama saya yang takde keje tu snap je la. Taiping tu kampung abah saya. Sebelum sampai Taiping kita orang singgah Ipoh dulu, rumah mak long saya. Dekat tol Ipoh tu saya terbangun tido, sempat jugak saya poo poo. Habis semerbak harum satu kereta tu. Apa lagi bisinglah abah saya. Sampai2 tu mak long saya terus dukung saya. Saya dapat rasakan saya ada tinggalkan kesan poo poo tu kat baju mak long saya tapi mama saya tak sampai hati agaknya nak kasi tau. Kesian dia.
Bangun tido je mama saya dah sedia dengan kamera. Masa ni dah sampai Taiping.
Time ni mama saya baru start keje seminggu. Jadi ni lah masanya saya nak manja2 dengan mama saya. Tiap2 hari mama saya bekalkan saya 3 biji botol susu yang besar tu. Dan tiap2 hari saya minum sampai habis. Tengokla muka saya ni. Hari tu pegi timbang masa baru sebulan. Dah 5kg. Dr Syed kata terlebih sikit. Tapi nak buat camanakan, saya mmg suka sangat minum susu.
Ok dahla saya dah nangis ni. Mama saya ni tak nak kasi susum asyik nak bergambar je.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 30-Apr-2007 06:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Masa dalam pantang
|
|
Mama saya ni masa dalam pantang suka sangat ambik gambar saya. Tapi tu la, banyak yg dah hilang, ni antara gamba yang selamat. Tu pun sebab gamba dah di upload kat friendster. OK mula-mula saya nak kenalkan dulu family saya.
Ni abah dengan mama saya. Muka excited sangat peluk peluk saya
Masa ni saya baru bangun tidur. Kamera ada flash agaknya masa ni. Putih sikit la muka saya. Saya bukan apa, hari tu ada nenek sedara datang. Ade ke dia ckp kenapa saya ni gelap, tapi mak bapak saya mcm cerah je kulitnya. Isk.
Haa..time ni saya tgh syiok meneran nak poo poo tapi rupa-rupanya mama saya dah sedia dgn kamera dia. Merah padam meneran. Kehkeh.
Tenang tak muka saya. macam baik je kan, tapi memang baik pun. Masa dalam pantang ni la saya selalu bangun tengah2 malam nak menyusu. Tapi mama saya tu pulak perutnya sakit lagi jadi terpaksala dia duduk sambil menyusukan saya. Hobi saya masa ni bangun pukul 1 pagi sampai 4 5 pagi. Tiap2 hari abah saya lambat pegi kerja sebab tolong tidurkan saya.
Ni saya tengah tidur dalam carrier saya. Best sangat carrier ni. Boleh jadikan car seat, boleh jugak dibuai2 mcm duduk dalam buaian tu. Tak sia2 mama saya beli kat warehouse sale MyDear masa pregnant 8 bulan.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 11-Apr-2007 05:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hai saya Mohammed Husayn Zharief
|
|
Hai nama saya Mohammed Husayn Zharief bin Mohammed Alfisyar. Disebabkan mama saya terlalu malas nak update fotopages ni terpaksala saya ambik alih. Saya lahir pada 11 April 2007 kat Kelana Jaya Medical Centre pukul 12.58 tgh hari. Saya ni susah sangat nak keluar, terpaksa keluar ikut tingkap. Citernya mcm ni, masa tu mama saya dah overdue 5 hari, dah naik bosan dia duduk rumah sebab dia ambik cuti tepat2 hari due date tu. Tapi saya ni tak nak keluar jugak. Mama saya dah buat mcm2 kerja rumah, dari sapu lantai, cuci toilet mengemas, masak-masak tapi agaknya best sgt saya duduk dalam perut mama saya ni.
Hari 11 April tu, pukul 3 pagi, mama saya tengah syiok sangat tengok Manchester United main dalam game Champions League lawan Roma. Best sangat agaknya time tgh tgk tu tiba2 darah keluar pulak. Abah saya pulak masa tu tengah syiok sangat tido. Bila dah turun darah, mama saya pun panggil la abah saya. Lepas tu mama saya asyik jalan ke hulu ke hilir depan tv sebab dah rasa contraction. Tapi pada masa yg sama saya rasa dia lompat2 jugak sebab Manchester United kenduri gol masa tu.
Pukul 9 pagi tu barulah abah saya bawak mama pegi hospital. Sampai hospital tu doktor buat ctg dulu. Nak tgk contraction macam mana. Lepas tu doktor ni nak main seluk seluk pulak. Kesian mama saya tu dahla dia tu sakit sikit pon tak boleh. Terpaksala misi2 tu pegang kaki mama saya kiri kanan. Last2 dr tu suruh mama saya amik epidural. Dia pun amik je la sebab dah tak tahan sangat. Ingatkan tak rasa apa2 dah, rupa2nya epidural tu macam takde kesan kat dia pulak. BIla mama saya push tu abah pun ada jugak kat sebelah. Tapi dia duduk belakang mama je sebab dia takut tengok dari depan. Masa ni saya dah rasa tak sabar sangat nak keluar. Ye lah selalu saya dengar mama dengan abah saya punya suara je. Saya pun apa lagi, tolak2 la guna kepala tapi saya dengar pulak mama saya dah meraung. Haha kesiannya. Tapi saya tak kira, saya nak keluar jugak masa tu.
Dah lama tu, dr cakap heartbeat saya makin rendah. Jadi dr decide nak c-sect je. Mama saya ni pulak kedekut no 1, jadi bila dengar c-sect je dia terbayangkanla duit-duit yang bakal melayang sebab kiranya jadi emergecy c-sect la ni. Tapi time mama say a dah tak pikir lain lagi. Yang penting mestila saya selamatkan. Jadi, kita orang pun disorongla ke operation room. Bila dah sampai operation room tu, abah saya pun ada sekali. Tapi mama saya ni biasala penakut, dia mintak doktor bius habis satu badan pulak. Nampaknya bila saya keluar tu mama saya tak nampakla saya. Doktor je yang nampak.
Alhamdulillah lepas berdrama di labour room dan operation theatre akhirnya saya lahir pada pukul 12.58 tengah hari. Abah saya azankan saya kat luar operation room tu. Lepas tu nurse bawak saya gi nursery. Mama pulak tak sedar-sedar. Dah pukul 2 mcm tu barulah mama saya tu sedar. Oh ya, masa saya lahir berat saya 3.6kg, panjang saya 56cm. Beratkan? Tulah sebab mama saya tu suka sangat makan masa dia pregnant.
Kat hospital tu ramai yang lawat saya. pelik jugak saya tengok orang-orang semua. Maklumlah selama ni saya duduk dalam kepompong je. Hari Jumaat 13 April tu saya balik rumah dan first time saya naik kereta. Mama saya ambik gamba byk masa kat hospital, tapi malangnya semua gamba-gamba dah hilang sebab hard disk pc kat rumah tu rosak. Jadi di atas kesedaran tu mama saya ni uploadkanla gamba2 saya ni kat fotopages. Dan satu lagi, jangan lupa print gamba anak-anak anda ya sebelum di makan hard disk. Oklah babai.
Oh, kalau sapa-sapa nak tgk video dari kamera fon kawan mama saya masa saya kat hospital, ni videonya:
Photo Sharing - Upload Video - Video Sharing
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Jun-2006 08:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nikah & kawin
|
|
|
Nikah pukul 10 pagi. Tapi pagi tu alas dulang hilanglah tapi nasib baik jumpa balik. Lepas tu selendang mak andam koyak pulak sebab acik iron. Sedih jugak sebab terbang deposit 100 ringgit ganti selendang tu.ish.
|
|
|
|