Hari ni makan kek kat secret recipe. Sungguh sedap sekali sebab abah yang belanja. Hihihi. Sebenarnye ikut mama ngan abah pegi kompleks pkns sebab mama tu nak beli baju batik. Yela mama saya sekarang dah keje gomen terpaksala dia pakai baju batik setiap khamis. Kehkeh. Tapi saya dengar mama cakap kat makcik kedai tu ada tak batik yg macam batik tapi bukan batik dan harga lagi murah dari batik. Haha. Kedokut tak mama saya. sebab mama kata membazir je duit beli batik banyak-banyak sebab duit dia tak banyak pun.
Lepas dapat baju yang macam batik, kita orang pergi SACC pulak yg sebelah pkns tu. Mama kata dia nak cari kasut pulak. maklumla dulu kat opis lama dia takyah pakai kasut dalam ofis. Sekarang ni dia kenala pakai kasut je. Heheh. Setelah pergi bermacam-macam kedai akhirnya mama dapat jugak kasut yg dia nak sangat. Lega hati saya sebab saya dah la ngantuk pastu abah saya pun mcm dah letih. tapi yg bestnya lepas habis shopping pegi makan kek dekat secret recipe. Best je duduk dekat situ sebab ada ramai orang dan dapat makan kek pulak.