Selamat Mengundi semua! Hari ni adalah hari mengundi tapi mama saya dengan abah saya tu rupa-rupanya belom lagi mendaftar jadi pengundi. Ooops! Oklah takpe sebab hari ni kita orang nak pegi Kuantan pun, sebab nak pegi wedding auntie jamie. Kita orang bertolak dalam pukul 1 lebih macam tu.
Ha inilah gaya saya setiap kali abah saya tu turun kereta. Sekarang saya dah pandai pegang stering dah tekan hon dengan menggunakan lutut saya. Hebatkan?
Aksi mama saya sebelum di muntahkan oleh saya. Oleh kerana saya ni terlalu aktif dan tangan suka nak main gear dan radio, takpon menangis nak main stering, abah saya suruh saya dan mama duduk kat belakang. Tapi kat belakang pon saya menangis jugak.
Ha..lihatlah kaler tudung mama saya..saya punya kerjalah tu sebab saya yang muntahkan. Kehkeh.
Sampai je kat Vistana Kuantan, mama terus mandikan saya dalam bath tub. Jakunlah sikit saya ni sebab selalu mandi dalam besen je. Kehkeh. Sorry ya ada aksi bogel sikit. Kihkih.
Mengambil gambar bersama uncle2 sekalian di rumah auntie jamie. mcm biasa time makan abah saya la makan dulu tapi mama saya dah warning awal2 makan cepat sikit sebab dia pun lapar. Haha.
yg part berdiri kat strering kereta tu sebijik mcm anak aku, pantang aku turun kejap.. terus melompat, mcm penting je kena berdiri kat stering tu kalau takde orang kat seat tu...